Pengenalan

Program Diploma Analisis Pelaburan merupakan salah satu program di bawah Fakulti Pengurusan & Perniagaan yang ditawarkan di UiTM Johor, untuk melatih bumiputera dalam bidang kewangan dan pelaburan. Pada tahun pertama dan kedua, pelajar didedahkan kepada konsep-konsep asas pengurusan dan perniagaan. Tahun ketiga pula, penekanan diberikan kepada prinsip-prinsip dan perkembangan semasa yang menjadi amalan pelaburan institusi kewangan di Malaysia.

Program ini direka khas untuk melatih dan memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada para graduan mengenai konsep pelaburan yang semakin kritikal. Program ini juga akan memberikan pemdedahan yang luas mengenai dunia pelaburan yang sebenar melalui pembelajaran dan kerja kursus. Program ini membuka peluang kepada Bumiputera lulusan Diploma dari UiTM atau mana-mana institusi yang setaraf dengannya bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang pelaburan di peringkat profesional.

 

Objektif

Objektif program ini telah dirangka untuk melahirkan graduan yang terlatih dan berdisiplin serta membentuk kebolehan, kemahiran dan membuat keputusan khususnya dalam bidang pelaburan dan kewangan. Struktur program ini mengambil masa tiga (3) tahun sepenuh masa dan memerlukan 96 hingga 98 jam kredit untuk dikurniakan diploma. Kursus-kursus dalam program ini dijalankan secara kuliah dan tutorial yang memerlukan penglibatan secara langsung oleh pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

 

Jangkamasa Pengajian
2 Tahun 6 Bulan  (Sepenuh masa)

 

Pengambilan
Pengambilan Pelajar untuk program ini adalah dua kali setahun .Permohonan boleh dibuat melalui :

1. Unit Pusat Universiti (UPU)
2. Secara online di Universiti Teknologi MARA

 

Penilaian
Penilaian keatas calon akan dilaksanakan berdasarkan penilaian secara berterusan iaitu melalui ujian, kerja kursus secara individu dan kumpulan, pembentangan , penglibatan di dalam kelas, lawatan ke tempat tempat perindustrian, seminar dan ujian akhir universiti.
 

Syarat Kemasukan

 Syarat Am Universiti

 Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu

 DAN

 Lulus Sejarah (mula diguna pakai SPM 2013)

 

 Syarat Khas Program

 Terbuka kepada BUMIPUTERA sahaja

LEPASAN SPM

 Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik / Matematik Tambahan

 

LEPASAN PRA DIPLOMA UiTM

 Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Perdagangan (PD002/PD003) dari UiTM

  • Bagi program BM114 / BM119 CGPA minima 2.50

 

  

Pelan Pengajian Diploma Analisis Pelaburan

Peluang Pekerjaan

Siswazah Diploma Analisis Pelaburan (BM114) yang telah tamat pengajian, boleh meneruskan pengajian di semester ke tiga Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan. Siswazah juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana- mana institusi pengajian sama ada di dalam mahupun di luar negara.