Print

 


Struktur Program Diploma Pengajian Perbankan

Seiring dengan cabaran yang lahir dari pembangunan dan globalisasi dunia perniagaan, satu keperluan untuk memahami sistem kewangan di Malaysia telah timbul kerana menyedari kepentingan industri perbankan sebagai perantara kewangan dan sumber kewangan utama kepada ekonomi domestik. Program yang telah mula dijalankan pada Julai 1967 ini dibentuk bertujuan untuk memaju seterusnya melatih para pelajar di dalam aspek pengurusan perbankan dan kewangan.

Program ini juga melengkapkan para pelajar di peringkat ijazah dengan ilmu di dalam bidang perbankan, kewangan dan pelaburan. Program selama tiga tahun yang mengandungi 6 semester ini meliputi pelbagai kursus termasuklah kajian di dalam pengurusan perbankan, kewangan, perakaunan, ekonomi, pemasaran, pengurusan, matematik dan statistik, bahasa dan komunikasi, teknologi maklumat dan asas undang-undang. Kepelbagaian kursus yang ditawarkan bertujuan menyediakan para pelajar dengan asas-asas yang diperlukan untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran industri perbankan


Pengiktirafan

Pemegang diploma di dalam bidang ini boleh terus menyertai semester 3 program Ijazah Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UITM). Siswazah juga boleh menyambung pelajaran mereka dimana-mana universiti di dalam dan di luar negara.


Jangkamasa Kursus

2 tahun 6 bulan (sepenuh masa)



Penilaian

Calon-calon akan dinilai secara berterusan melalui ujian, tugasan, peperiksaan semester, penyertaan aktiviti kelas dan peperiksaan akhir semester.

Syarat Kemasukan

 Syarat Am Universiti

 Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu

 DAN

 Lulus Sejarah (mula diguna pakai SPM 2013)

 

 Syarat Khas Program

 Terbuka kepada BUMIPUTERA sahaja

LEPASAN SPM

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik / Matematik Tambahan

 

LEPASAN PRA DIPLOMA UiTM

Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Perdagangan (PD002/PD003) dari UiTM

  • Bagi program BM114 / BM119 CGPA minima 2.50

 



Perincian Kursus
Tahun 1 dan 2 (Semester 1 - 4)

2 tahun pengajian yang pertama akan memberikan para pelajar asas kepada pelbagai disiplin berkenaan perniagaan. Pelajar-pelajar akan diperkenalkan kepada pelbagai kursus asas yang meliputi:

• 3 kursus perniagaan utama: Management, Marketing and Finance
• 3 kusus ekonomi: Microeconomics, Macroeconomics and Malaysian Economics
• 2 kursus perakaunan: Financial Accounting dan Cost Accounting.
• 2 kursus kuantitatif: Business Mathematics and Introduction to Statistics
• 1 kursus undang-undang: Business Law


Pelajar-pelajar juga dikehendaki melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran lain untuk menyerlahkan lagi kualiti mereka. Ini termasuklah menyertai kursus-kursus seperti:
• Computer & Information Processing
• Business Communication
• English and another foreign language
• Islamic Studies
• Co-curricular activities

Tahun 3 (Semester 5)

Bagi tahun pengajian yang terakhir, kursus-kursus yang berkenaan dengan pengurusan perbankan dan kewangan akan diperkenalkan kepada para pelajar termasuklah Banking Operations, Financial Analysis, Lending Assessment and Management, Finance Legal Aspects and Ethics, Finance of International Trade and Specialized Financial Services. Selain daripada kursus-kursus yang ditawarkan di atas, pelajar-pelajar juga diberi pilihan untuk memilih 2 lagi kursus.


Antara kursus-kursus elektif pertama yang boleh dipilih termasuklah kursus Investment Management, Islamic Banking I, Asas Ekonomi Islam or Pemikiran & Tamadun Islam. Untuk elektif kedua, pelajar-pelajar boleh memilih kursus-kursus yang ditawarkan seperti Treasury, Organizational Behavior, Islamic Banking II or Perniagaan Islam. Selain daripada mengambil kursus-kursus elektif utama ini, pelajar-pelajar dikehendaki mengambil 3 kursus wajib berkaitan pengurusan perniagaan secara berterusan. Kursus-kursus tersebut adalah Human Resource Management, Information Technology in Business and Business Development.


Peluang Pekerjaan
Siswazah boleh mengisi kekosongan jawatan di bahagian supervisory dan junior level dimana-mana institusi kewangan seperti bank, syarikat kewangan dan bank perdagangan.