Pengenalan
Keadaan ekonomi dan perubahan global yang mencabar pada hari ini amat memerlukan bidang kepakaran yang sangat luas berkaitan dunia perniagaan. Oleh yang demikian, Fakulti Pengurusan & Perniagaan menawarkan program Diploma Pengajian Perniagaan (BM111). Program ini telah mula diperkenalkan sekitar tahun 1963. Di sepanjang 6 semester pengajian Program Diploma Pengajian Pernigaan ini para siswazah akan didedahkan dengan pelbagai kod subjek yang relevan dengan kehendak pasaran pekerjaan. Untuk menambah nilai pada program diploma ini, subjek dari pelbagai jurusan perniagaan juga ditawarkan kepada pelajar.

 

Pengiktirafan

Siswazah Diploma Pengajian Perniagaan (BM111) yang telah tamat pengajian, boleh meneruskan pengajian di semester ke tiga Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara di bawah Fakulti Pengurusan & Perniagaan. Siswazah juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana institusi pengajian sama ada di dalam mahupun di luar Negara.

 

Jangkamasa Pengajian
2 tahun 6 bulan (sepenuh masa)

 

Penilaian
Penilaian keatas calon akan dilaksanakan berdasarkan penilaian secara berterusan iaitu melalui ujian, kerja kursus secara individu dan kumpulan, pembentangan, penglibatan di dalam kelas, lawatan ke tempat tempat perindustrian, seminar dan ujian akhir universiti.

 

Syarat Kemasukan

 Syarat Am Universiti

 Lulus SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu

 DAN

 Lulus Sejarah (mula diguna pakai SPM 2013)

 

 Syarat Khas Program

 Terbuka kepada BUMIPUTERA sahaja

LEPASAN SPM

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik / Matematik Tambahan

 

LEPASAN PRA DIPLOMA UiTM

Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Perdagangan (PD002/PD003) dari UiTM

  • Bagi program BM114 / BM119 CGPA minima 2.50

 

 

Perincian Program

Tahun1 dan Tahun 2

(Semester 1 hingga Semester 4)

Dua tahu pertama pengajian, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai jurusan bidang perniagaan dan pengangkutan. Diantara subjek fundamental yang diperkenalkan kepada para pelajar adalah seperti berikut:

3 subjek kursus fundamental perniagaan : Management, Marketing and Finance,
3 subjek ekonomi: Microeconomics, Macroeconomics and Malaysian Economy
2 subjek akaun : Financial Accounting and Cost Accounting
2 subjek kuantitatif : Business Mathematics and Introduction to Statistics
1 subjek perundangan: Business Law

Untuk melengkapkan lagi kualiti diri siswazah kelulusan UiTM, para pelajar akan didedahkan dengan subjek berikut:

Computer & Information Processing
Business Communication
English dan Bahasa Ketiga
Pengajian Islan
Aktiviti Kokurikulum

Tahun 3

(Semester 5)

Ditahun terakhir, para pelajar akan mengambil 3 lagi subjek fakulti Pengurusan dan Perniagaan.Antaranya ialah: Human Resource Management, Information Technology in Business and Business Development. Selain itu para pelajar juga diberikan pilihan untuk membuat pilihan kepada subjek berikut: Investment Management, Organizational Behavior, Operations Management, Principles of Public Relations, Introduction to International Business, Fundamentals of Insurance and Fundamentals of Transport.

 

Peluang Pekerjaan
Graduan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM mempunyai peluang yang luas untuk menceburi alam pekerjaan di dalam pelbagai syarikat swasta mahupun kerajaan dibahagian pentadbiran dan pengurusan.