Pengenalan

Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Pelaburan merupakan program yang baru ditawarkan di UiTM Johor. Program ini dinamakan program tunggal kerana hanya UiTM Johor yang menawarkan program ini di seluruh sistem. Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Pelaburan ini diwujudkan bagi melahirkan graduan bumiputra yang terlibat secara professional dalam bidang pelaburan. Struktur kurikulum program ini masih mengekalkan kursus wajib universiti dan fakulti sepertimana program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di bawah Fakulti Pengurusan & Perniagaan. Walaubagaimanapun terdapat 10 kursus baru yang telah dikenalpasti dapat memenuhi keperluan dan kehendak pasaran di dalam melahirkan graduan yang mempunyai keprofesionalan di dalam bidang pengurusan pelaburan. Sebanyak 123 jam kredit perlu dilengkapkan untuk membolehkan pelajar dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Pelaburan.

 

Objektif

Berdasarkan Bab 1 dan 5 Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), negara kita di dalam usaha membangun kearah negara berpendapatan tinggi dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Antara strategi utama di dalam mencapai hasrat tersebut adalah melalui peningkatan kemahiran rakyat Malaysia untuk meluaskan kebolehpasaran.

Program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian (Pengurusan Pelaburan) ini adalah sejajar dengan tonggak dasar-dasar kerajaan yang disebut di atas.

Selain dari itu program ini membantu dalam membentuk generasi siswazah yang berorientasikan pengurusan pelaburan, bertindak sebagai pengamal pelaburan profesional yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan untuk diri sendiri dan masyarakat umum.

 

Jangkamasa Pengajian

Tiga tahun (Sepenuh masa)

 

Pengambilan

Pengambilan Pelajar untuk program ini adalah dua kali setahun .Permohonan boleh dibuat melalui :

1. Unit Pusat Universiti (UPU)

2. Secara online di Universiti Teknologi MARA

 

Penilaian

Penilaian keatas calon akan dilaksanakan berdasarkan penilaian secara berterusan iaitu melalui ujian, kerja kursus secara individu dan kumpulan, pembentangan , penglibatan di dalam kelas, lawatan ke tempat tempat perindustrian, seminar dan ujian akhir universiti.

 

Syarat Kemasukan

Minimum CGPA/ MUET

Lepasan Diploma UiTM

2.50 / Band 2

Diploma dari UiTM

2.00 / Band 2

Dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang pengurusan dan pentadbiran

 

 

Lepasan Diploma IPT yang diiktiraf Kerajaan Malaysia

 

3.00 / Band 2

Lepasan Diploma IPT

DAN

Lulus SPM/setaraf dengan lima (5) kepujian termasuk Matematik / Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris

 

 

2.75 / Band 2

Lepasan Diploma IPT dengan tiga (3) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

DAN

Lulus SPM/setaraf dengan lima (5) kepujian termasuk Matematik / Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris

 

 

Lepasan Asasi / Matrikulasi KPM

 

 

2.75 / Band 2

Gred C (2.00) dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran (pengkhususan)

DAN

Lulus SPM/setaraf dengan kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris

 

 

Lepasan STPM / setaraf

 

 

2.75 / Band 2

Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am

DAN

Lulus SPM/ setaraf dengan mendapat kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris

 

Syarat Khas Graduan Diploma:

Lulus diploma UiTM (keutamaan kepada lepasan Diploma Analisis Pelaburan dan Diploma Perbankan) atau mana mana institusi yang diktiraf kerajaan dengan syarat minima CGPA 2.75. Calon yang tidak menepati syarat layak kemasukkan akan dipertimbangkan dengan syarat telah mempunyai pengalaman berkerja selama 2 tahun.

Telah mengambil MUET.

 

Pelan Pengajian

Pelan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Pelaburan (BM251)

 

Peluang Pengajian dan Kerjaya

Siswazah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Pelaburan yang telah tamat pengajian, boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana- mana institusi pengajian sama ada di dalam mahupun di luar negara. Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi ialah; pengamal pelaburan, perbankan, perbankan islam, hartanah dan sebagainya.