Print

   

Pengenalan

Program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam merupakan salah satu program di bawah Fakulti Pengurusan & Perniagaan yang ditawarkan di UiTM Johor, untuk melatih bumiputera dalam bidang kewangan dan pelaburan. Pada tahun pertama dan kedua, pelajar didedahkan kepada konsep-konsep asas pengurusan dan perniagaan. Tahun ketiga pula, penekanan diberikan kepada prinsip-prinsip dan perkembangan semasa yang menjadi amalan perbankan Islam di Malaysia.

Program ini direka khas untuk melatih dan memberikan pendedahan yang sewajarnya kepada para graduan mengenai konsep perbankan dan kewangan Islam yang semakin kritikal. Program ini juga akan memberikan pendedahan yang luas mengenai institusi kewangan berdasarkan Syariah yang sebenar melalui pembelajaran dan kerja kursus. Program ini membuka peluang kepada Bumiputera lulusan Diploma dari UiTM atau mana-mana institusi yang setaraf dengannya bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang perbankan Islam di peringkat profesional. Pelajar juga diberi peluang untuk menjalankan latihan praktikal pada semester terakhir program ini.

 

Objektif

Objektif program ini telah dirangka untuk melahirkan graduan yang terlatih dan berdisiplin serta membentuk kebolehan, kemahiran dan membuat keputusan khususnya dalam bidang pelaburan dan kewangan. Struktur program ini mengambil masa tiga (3) tahun sepenuh masa. Kursus-kursus dalam program ini dijalankan secara kuliah dan amali yang memerlukan penglibatan secara langsung oleh pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

 

Jangkamasa Pengajian
Tiga tahun (Sepenuh masa)

 

Pengambilan
Pengambilan Pelajar untuk program ini adalah dua kali setahun .Permohonan boleh dibuat melalui:

1. Unit Pusat Universiti (UPU)
2. Secara online di Universiti Teknologi MARA

 

Penilaian
Penilaian keatas calon akan dilaksanakan berdasarkan penilaian secara berterusan iaitu melalui ujian, kerja kursus secara individu dan kumpulan, pembentangan , penglibatan di dalam kelas, lawatan ke tempat tempat perindustrian, seminar dan ujian akhir universiti.

Syarat Kemasukan

Minimum CGPA/ MUET

Lepasan Diploma UiTM

2.50 / Band 2

Diploma dari UiTM

2.00 / Band 2

Dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang pengurusan dan pentadbiran

 

 

Lepasan Diploma IPT yang diiktiraf Kerajaan Malaysia

 

3.00 / Band 2

Lepasan Diploma IPT

DAN

Lulus SPM/setaraf dengan lima (5) kepujian termasuk Matematik / Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris

 

 

2.75 / Band 2

Lepasan Diploma IPT dengan tiga (3) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

DAN

Lulus SPM/setaraf dengan lima (5) kepujian termasuk Matematik / Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris

 

 

Lepasan Asasi / Matrikulasi KPM

 

 

2.75 / Band 2

Gred C (2.00) dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran (pengkhususan)

DAN

Lulus SPM/setaraf dengan kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris

 

 

Lepasan STPM / setaraf

 

 

2.75 / Band 2

Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am

DAN

Lulus SPM/ setaraf dengan mendapat kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris

 

Syarat Khas Graduan Diploma:

Lulus diploma UiTM (keutamaan kepada lepasan Diploma Analisis Pelaburan dan Diploma Perbankan) atau mana mana institusi yang diktiraf kerajaan dengan syarat minima CGPA 2.75. Calon yang tidak menepati syarat layak kemasukkan akan dipertimbangkan dengan syarat telah mempunyai pengalaman berkerja selama 2 tahun.

Telah mengambil MUET.


Pelan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam


Peluang Perkerjaan

Siswazah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perbankan Islam yang telah tamat pengajian, boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana- mana institusi pengajian sama ada di dalam mahupun di luar negara. Siswazah juga berpeluang mendapat peluang pekerjaan di dalam bidang kewangan Islam dan perbankan dan sebagainya.