Print

  

    Dr. Norazam 2

                                                                                    KOORDINATOR PUSAT JARINGAN KOMUNITI (CNC)

                                                                                                       DR. NORAZAM BIN ARBIN

 

1. Mengurus dan mewujudkan program jaringan profesional yang mantap antara kampus dengan industri bagi tujuan pembangunan akademik dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.

2. Bekerjasama untuk mengenal pasti dan memantapkan lagi perhubungan industri dan UiTM dalam bidang 'niche'.

3. Meningkatkan penglibatan pensyarah dengan industri untuk memastikan silibus adalah bersesuaian dan memenuhi kehendak universiti.

4. Membuat lawatan bersama ke industri bila mana perlu untuk mendapatkan maklumat dan memantapkan perhubungan industri.

5. Memastikan perhubungan yang sihat dan harmoni terjalin sentiasa di antara kampus dan industri.

6. Mencari peluang kerjasama bagi membuat perjanjian persefahaman bersama (MoU/MoA) di antara UiTM Cawangan Johor dengan industri sama ada melalui latihan industri pelajar atau bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

7. Bekerjasama dengan pihak luar bagi memenuhi kehendak latihan industri pelajar.

8. Mendapatkan senarai pelajar dari setiap fakulti dan program yang menjalani latihan praktikal dari UiTM Cawangan Johor.

9. Memastikan semua aktiviti yang dirancang oleh unit berjaya dilaksanakan.

10. Memberi laporan dan maklum balas kepada Ketua Jaringan Industri dan Masyarakat (ICAN) berkaitan pelaksanaan aktiviti jaringan industri dan masyarakat.