Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Johor adalah satu bahagian yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal, menyelia dan memastikan semua asset UiTM Cawangan Johor sentiasa berada di dalam keadaan terurus, baik dan selamat untuk digunakan atau didiami serta menjadikan Universiti Teknologi MARA sebagai sebuah kampus yang tercantik dan mempunyai prasarana yang lengkap dan kondusif.


Mempunyai seramai 41 orang kakitangan dengan diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah serta dibantu oleh 2 orang Ketua Unit yang berjawatan Jurutera Kanan dalam memacu perjalanan tadbir urus Bahagian Pengurusan Fasiliti. Untuk melaksanakan tadbir urus yang berkesan serta memberikan perkhidmatan yang efisien, Bahagian Pengurusan Fasiliti telah dibahagikan kepada 9 unit kecil yang akan memikul tanggungjawab mengikut bidang masing-masing.

Carta