Print

Visi

konvo74 slide1

Menjadi sebuah bahagian yang unggul dalam memberikan perkhidmatan dan usaha-usaha pembangunan pelajar.

Misi

konvo74 slide1

Melahirkan graduan bumiputera yang unggul berteraskan kepada keseimbangan dan kesepaduan dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.

Objektif

konvo74 slide1

  1. Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa, ceria dan selamat.
  2. Merangka dan melaksanakan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai nilai tambah (value added) bagi mewujudkan lulusan yang bersifat holistik dan menepati ciri-ciri Model Graduan UiTM.
  3. Menggalakkan penggunaan IT sesuai dengan perubahan masa kini sejajar dengan dasar negara.

Fungsi HEP

konvo74 slide1

  1. Menyelaras perhubungan pelajar-pelajar dengan Pentadbiran UiTM, Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dan luar negara serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
  2. Menyelaras kegiatan-kegiatan pelajar seperti kegiatan kokurikulum, kemahiran insaniah, kebudayaan, sukan dan sosial.
  3. Menyediakan dan menyelaras kemudahan tempat tinggal bagi semua pelajar sama ada di dalam kolej atau pelajar Non Residen (NR).
  4. Menjaga ketenteraman dalam kampus melalui pelaksanaan Akta 174.
  5. Menubuh dan menguruskan tabung-tabung kebajikan dan kegiatan pelajar.

Unit HEP

konvo74 slide1

  1. Pejabat Am HEP
  2. Unit Pengurusan Kolej
  3. Unit Kesihatan
  4. Unit Kerjaya dan Kaunseling
  5. Unit Sukan
  6. Unit Kebudayaan dan Kesenian
  7. Unit Kepimpinan Pelajar
  8. Unit Kokurikulum

Tab

 

header fb hep

 

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah diwujudkan di Universiti Teknologi MARA Johor pada 1983 dengan matlamat untuk memberi bantuan dan perkhidmatan kepada pelajar UiTM Johor. Bahagian ini merupakan salah satu daripada bahagian terpenting dalam struktur organisasi Universiti Teknologi MARA Johor. Kepentingan Bahagian Hal Ehwal Pelajar ini semakin terserlah dengan kewujudan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Pindaan 2012) atau dikenali sebagai Akta 174. Bahagian ini berteraskan konsep mesra pelajar yang menjadi amalan kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Cawangan Johor Kampus Segamat

KM12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Takzim
Tel : (+607) 935 2000
Faks : (+607) 935 2480