PENGENALAN

Latihan Praktik merupakan salah satu syarat wajib bagi semua pelajar Diploma Sains Komputer bagi memenuhi syarat penganugerahan Diploma Sains Komputer. Latihan Praktik yang perlu dilalui oleh para pelajar ini merupakan bentuk latihan kerja di organisasi atau industri tertentu diluar UiTM dalam bidang teknologi maklumat dalam jangka masa yang ditetapkan. Secara tidak langsung, iannya mendedahkan pelajar kepada persekitaran kerja sebanar serta mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar disamping mempraktikkan apa yang dipelajari di universiti dalam suasana yang lebih mencabar.

Objektif Latihan Praktik adalah:

  • Untuk mendedahkan pelajar kepada masalah-masalah yang akan timbul dalam suasana Jabatan Pemprosesan data.
  • Untuk mempraktikkan teori yang dipelajari di UiTM dengan menyelesaikan masalah pemprosesan data yang sebenar.
  • Untuk mendedahkan pelajar kepada perkembangan baru dalam menyelesaikan masalah pemprosesan data.

Skop Latihan Praktik adalah:

  • Membuat kajian kesauran ke atas perkara-perkara yang diarahkan.
  • Menyiapkan dokumentasi yang diperlukan untuk menulis sesuatu aturcara.
  • Melaksanakan sesuatu sistem mengikut arahan yang diberikan sama ada secara lisan atau melalui satu dokumentasi yang telah disediakan oleh pegawai yang bertanggungjawab.
  • Mempelajari dan melaksanakan tugas-tugas pengaturcaraan komputer seberapa dapat.
  • Menyelenggara sesuatu sistem mudah

 

Penyelaras :

safura new

Puan Safura Adeela Sukiman

No. Telefon (O): 07-9352198
No. Telefon (H): 0137582382
Email: safur185@uitm.edu.my