AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE-5S)

 

SEJARAH:

Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) ialah alat peningkatan produktiviti yang diperkenalkan di Jepun oleh Dr. Thuchiya. Bermula di Singapura pada 1986 pada pertama kalinya dan kemudian diperluaskan

ke Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Russia, Hungary, Poland, Bulgaria, Columbia, Uruguay, Brazil, Costa Rica dan Mexico. Dibawa dengan aktif oleh KAZIO STHUSIA dari Japan Productivity Center pada tahun 1997.

PENGENALAN:

Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) adalah satu konsep yang mementingkan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan produktif. Amalan ini juga adalah satu konsep yang mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.

Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) merupakan satu kombinasi perkataan yang terdiri daripada perkataan SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL.

VISI:

Membentuk budaya mesra alam dan prihatin terhadap kesihatan, keselamatan dan kebersihan.

MISI:

Mewujudkan persekitaran yang indah, bersih, teratur, selamat dan selesa.

 

OBJEKTIF AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE-5S)

  • Memastkan sekurang-kurangnya 80% penyertaan kakitangan dalam menjalankan setiap aktiviti QE-5S secara bergotong-royong
  • Menjalankan sekurang-kurangnya sekali gotong-royong landskap atau mewujudkan suasana mini taman di dalam atau di luar jabatan dalam tempoh setahun
  • Mengadakan aktiviti QE-5S di setiap jabatan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mewujudkan persekitaran kerja yang sentiasa bersih, kemas dan selamat
  • Menghasilkan sekurang-kurangnya satu inovasi/penambahbaikan di dalam jabatan/organisasi dalam tempoh setahun.

 

DASAR AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE-5S)

Setiap warga UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat perlu mengamalkan budaya Amalan QE-S dan sentiasa melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dari segi kebersihan dan keselamatan serta persekitaran mesra alam.

 

KENAPA PERLU AMALAN QE-5S..?

  • Tempat kerja yang berselerak dan kotor.
  • Terdapat barangan yang tidak diperlukan.
  • Kesukaran untuk mendapatkan sesuatu bahan atau dokumen.
  • Kadar kerosakan yang tinggi.
  • Barang-barang yang tidak tersusun.
  • Tempat atau ruang yang tidak teratur

 

FAEDAH AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE-5S)

  • Tempat kerja menjadi bersih & terurus.
  • Ruang kerja & pejabat menjadi selamat.
  • Hasil yang jelas untuk mencetuskan idea baru & baik.
  • Mengurangkan tempoh & langkah proses.
  • Menghindar gangguan kerja.
  • Wujud kaedah yang seragam.
  • Penggunaan ruang yang baik.
  • Mengurangkan aduan pelanggan

 

APAKAH MAKSUD AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI(QE-5S)...?

     

 

KITARAN AMALAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE-5S)

     

 

KUNCI KEJAYAAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE-5S)

“Iltizam, penyertaan dan keterlibatan semua dan sokongan yang jelas daripada pengurusan atasan”

     

 

http://qe5suitmjohor.blogspot.com

 

 

 

KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)

 

LATAR BELAKANG KIK DI UiTM

KIK sebelum ini dikenali sebagai Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK). Bermula pada tahun 1985, KMK telah membuktikan kemampuannya untuk menghasilkan penyelesaian masalah kerja dan inovasi sistem kerja di UiTM. Mulai tahun 2006, KIK mula diterima sebagai salah satu alat pengurusan yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh semua peringkat staf. Tumpuan KIK tidak hanya bertujuan untuk menyelesaikan masalah tertentu dan akan memberi tumpuan kepada punca (s) masalah dan penyelesaian untuk menyelesaikannya, malah KIK juga turut memberi tumpuan kepada menyiasat peningkatan dalam proses yang sedia ada atau untuk melaksanakan satu proses baru, produk atau perkhidmatan.

 

APA ITU KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)?

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) adalah satu kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada pekerja yang mewakili tempat kerja yang sama atau BERSILANG FUNGSI, berkumpul secara sukarela untuk mengenal pasti masalah, menganalisa dan seterusnya mencetuskan idea idea yang kreatif dan berunsur inovasi bagi tujuan penyelesaian kepada projek.

 

KIK DI UiTM CAWANGAN JOHOR

KIK di UiTM Cawangan Johor bermula dengan aktifnya pada tahun 2008 yang melibatkan pensyarah dan juga staf pentadbiran. KIK dilihat sebagai salah satu daripada potensi yang perlu digerakan secara serius bagi mencapai matlamat gerakan kualiti yang unggul di UiTM Cawangan Johor. Melalui KIK, sumber manusia organisasi dapat digerakan dengan lebih strategik terutamanya dalam mencapai peningkatan servis yang berkesan kepada pengguna. Selain itu, prinsip asas KIK yang mengiktiraf pekerja sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi dan menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan memberi ruang dan peluang kepada pekerja dari pelbagai peringkat bersama-sama dengan pihak pengurusan dalam menambahbaik sistem dan proses penyampaian perkhidmatan.