Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni telah ditubuhkan pada tahun 2009 bagi menggantikan RMU (Reserach Management Unit) yang diketuai oleh Timbalan Rektor dan dibantu oleh lima (5) orang Koordinator dan seorang Penyelaras manakala staf sokongan adalah terdiri daripada seorang (1) Pegawai Eksekutif, dua (2) orang Pembantu Tadbir dan seorang (1) Pembantu Operasi.

 

Unit-unit yang terdapat di bawah Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni adalah seperti berikut :

1. Unit Penyelidikan

2. Unit Inovasi

3. Unit Penulisan dan Penerbitan

4. Unit Perundingan

5. Unit Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni

i) Unit Alumni

6. Unit Keusahawanan MASMED

 

Visi

Untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Penyelidikan, Perundingan, Jaringan Industri & Masyarakat, Keusahawanan serta Pengkomersilan Inovasi di Wilayah Selatan yang dapat memartabatkan imej korporat UiTM Cawangan Johor.

 

Misi

Kami beriltizam untuk menawarkan pengetahuan, kepakaran, pembangunan penyelidikan dan inovasi melalui jalinan serta kerjasama pintar menerusi budaya terarah dan persekitaran kondusif untuk mencapai pengiktirafan. Juga menyelaras imej Korporat UiTM Cawangan Johor yang seragam dan memperkukuhkan jalinan hubungan dengan masyarakat luar khususnya di negeri Johor.

 

 Objektif

1. Menggalakkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dengan organisasi dalam dan luar negara agar dapat menghasilkan penyelidikan yang berimpak tinggi dan berkualiti.

2. Memperkukuh dan menjalinkan hubungan dua hala dengan masayarakat luar terutamanya agensi kerajaan dan industri.

3. Mengenalpasti inovasi dan penemuan baru dalam semua skop.

 

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan profesional, beretika dan mesra pelanggan supaya :

1. Meningkatkan penghasilan penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi dengan mensasarkan 10% daripada pensyarah UiTM Cawangan Johor menjadi ketua penyelidik dan 30% pensyarah menjadi penyelidikan.

2. Meningkatkan penghasilan penerbitan yang berkualiti dan berimpak tinggi dengan mensasarkan 60% pensyarah UiTM Cawangan Johor menghasilkan penerbitan.

3. Memastikan sekurang-kurangnya lima (5) perundingan didaftarkan di Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni. 

4. Menjalankan aktiviti keusahawanan kepada pelajar yang dilihat berpotensi sekurang-kurangnya tiga (3) aktiviti setahun.

5.  Memastikan satu (1) MoU / MoA ditandatangani dalam setahun.

6.  Memastikan penyertaan pensyarah dalam pertandingan atau pameran inovasi dalam atau luar negara sekurang-kurangnya dua (2) pertandingan atau pameran setahun.