Unit Pengurusan Kolej merupakan salah satu Unit di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang bertanggungjawab mengurus kemudahan dan kebajikan pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman dan di luar kampus ‘NR’.

Unit ini diketuai oleh seorang Pengurus Asrama Kanan dan dibantu oleh dua orang Pengurus Asrama dan seorang Penolong Pengurus Asrama yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus Kolej Sektor A, Kolej Sektor B dan Kolej Sektor C. Bagi memastikan perkhidmatan berkualiti kepada semua pelajar, unit ini pada masa kini juga mempunyai 3 orang Penolong Pengurus Asrama, 5 orang Penyelia Asrama, seorangPem. Tadbir dan 9 orang Pembantu Am Pejabat.

Secara umumnya Unit Pengurusan Kolej UiTM Segamat, Johor dibuka bersempena pembukaan Kampus sementara 15 Disember 1983 di Taman Indah, Bukit Siput dan Segamat baru pada tahun 1985 hingga 1989. UiTM berpindah ke kampus tetap di KM 12, Jalan Muar, Segamat, Johor dan Dirasmikan pada Disember 1989 oleh Dato' Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor.

Pada 1 Januari 1990, kampus UiTM Johor telah ditempatkan secara tetap di KM 12, Jalan Muar, Segamat di atas 200 hektar tanah yang dikurniakan oleh Kerajaan Negeri Johor. Antara kemudahan yang disediakan ialah bangunan pentadbiran, bangunan akademik, pusat Islam, dewan besar, dewan syarahan, rumah tamu, makmal bahasa dan komputer, makmal multimedia, pusat kesihatan, perpustakaan dan kompleks sukan.