Visi
Menjadi sebuah unit yang memartabatkan imej korporat UiTM Cawangan Johor.


Misi
Menetapkan serta menyelaras imej korporat UiTM Cawangan Johor yang seragam serta memperkukuhkan jalinan hubungan dengan masyarakat luar khususnya di negeri Johor.

Objektif
Sebagai salah satu unit yang penting dalam sistem pengurusan Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor, Unit Komunikasi Korporat & Media menitikberatkan:-

- Menerapkan budaya korporat di kalangan warga UiTM Cawangan Johor.
- Memastikan bahan-bahan penerbitan korporat universiti seragam dan selaras dengan dasar korporat.
- Memastikan dasar dan maklumat berkaitan universiti dihebah dan difahami warga universiti serta masyarakat luar.
- Menyeragamkan satu imej korporat yang menampilkan identiti universiti yang cemerlang.
- Memperkukuhkan serta menjalinkan hubungan dua hala dengan masyarakat luar.