Pengenalan
Keadaan ekonomi dan perubahan global yang mencabar pada hari ini amat memerlukan bidang kepakaran yang sangat luas berkaitan dunia perniagaan. Oleh yang demikian, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan menawarkan program Diploma dan program Ijazah Sarjana Muda bagi melengkapkan diri pelajar dengan keperluan dan kehendak pasaran.

Visi
Untuk menjadi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan yang terbaik di Malaysia serta diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi profesionalisma didalam pendidikan, latihan, kajian dan khidmat perundingan.

Misi
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan akan mencapai kecemerlangan akademik dengan berasaskan budaya kerja yang berkualiti melalui:

*Penyediaan pelbagai kursus yang memenuhi kehendak industri dan negara.

*Pembangunan sumber manusia yang efektif dalam melaksanakan kajian-kajian yang dikenali diperingkat antarabangsa serta khidmat perundingan.

*Melahirkan graduan yang profesional dan kompetitif dalam memenuhi kehendak pasaran dan industri melalui budaya pembelajaran yang cemerlang.

Objektif
Membentuk menambahbaik dan mengurus kemudahan teknologi maklumat bersesuaian dengan keperluan pelajar, pendidikan dan pentadbir di UiTM Johor.