Dr. Noriah

                                                                     KOORDINATOR PENULISAN DAN PENERBITAN

        DR. NORIAH BINTI ISMAIL

 

1. Menyelaras aktiviti penulisan dan penerbitan bahan ilmiah.

2. Meningkatkan dan mempergiatkan program penulisan dan penerbitan melalui hubungan/kerjasama industri.

3. Menggalakkan warga UiTM Cawangan Johor menghasilkan penulisan dan membentang kertas kerja.

4. Memastikan setiap pensyarah menggunakan PRISMA dan PUTRAS untuk memuat naik maklumat penulisan, penyelidikan, pembentangan dan penerbitan dari masa ke semasa.

5. Mengendali dan mengurus aktiviti penulisan yang dilaksanakan oleh warga UiTM Cawangan Johor.

6. Menjalankan aktiviti penggalakkan dan mempromosi aktiviti penulisan sama ada melalui bengkel, taklimat, kursus, hebahan email dan sebagainya yang berkaitan dengan penulisan dan penerbitan.

7. Meningkatkan penghasilan penyelidikan berkualiti dan berimpak tinggi dengan mensasarkan penghasilan 60% pensyarah UiTM Cawangan Johor menghasilkan penerbitan.

8. Menggalakkan pensyarah menerbitkan buku secara individu atau berkumpulan.

9. Menerbitkan jurnal UiTM Cawangan Johor yang berimpak tinggi atau jurnal berwasit.

10. Mengadakan jaringan industri dengan pihak luar berkaitan langsung dengan penerbitan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Yayasan Warisan Johor, Kerajaan Negeri dan lain-lain.

11. Menggiatkan aktiviti penerbitan akademik dan kreatif bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran.

12. Memastikan semua aktiviti yang dirancang oleh unit berjaya dilaksanakan.

13. Memberi galakan kepada penulis untuk mendapatkan nombor ISBN/ISSN daripada Perpustakaan Negara.

14. Memastikan setiap penulis menghantar sekurang-kurangnya lima (5) salinan penulisan dan penerbitan kepada Perpustakaan Negara.

15. Memberi laporan dan maklum balas kepada Ketua Pengurusan Penyelidikan & Inovasi berkaitan pelaksanaan aktiviti penulisan dan penerbitan.