Dr. Roslina edit

                                                              KOORDINATOR PENYELIDIKAN & PERUNDINGAN

                                                                         DR. ROSLINA BINTI MOHAMAD SHAFI

 

Unit Penyelidikan

1. Meningkatkan dan mempergiatkan program penyelidikan dan hubungan/kerjasama dengan industri.

2. Menggalakkan staf menjalankan penyelidikan di bawah pelbagai geran dengan pelbagai agensi/staf/pelajar.

3. Mengendali dan mengurus aktiviti penyelidikan yang dilaksanakan oleh penyelidik dan pensyarah.

4. Menjalankan aktiviti penggalakkan dan mempromosi penyelidikan sama ada melalui bengkel, taklimat, kursus, hebahan email dan sebagainya yang berkaitan dengan penyelidikan.

5. Memberi nasihat dan bimbingan ke arah membudayakan penyelidikan dalam kalangan pensyarah dan pelajar.

6. Meningkatkan penghasilan penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi dengan mensasarkan 10% daripada pensyarah UiTM Cawangan Johor menjadi Ketua Penyelidik dan 30% pensyarah menjadi penyelidik.

7. Menyemak dan memastikan semua projek penyelidikan dan penyelidik menyiapkan penyelidikan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

8. Memastikan penyelidik menghantar laporan kemajuan penyelidikan setiap enam (6) bulan dan menghantar laporan akhir ke BPJI&A mengikut format yang telah ditetapkan.

9. Membantu pensyarah dan penyelidik untuk memohon dan mendapatkan geran-geran penyelidikan dari dalam dan luar negara.

10. Menggalak dan menyelaras penerbitan penyelidikan kampus cawangan.

11. Memastikan Sistem IRES (IRMI Reporting System) digunakan oleh penyelidik dalam pengurusan dana penyelidikan.

12. Mengendalikan persidangan, seminar, bengkel atau kursus berkaitan penyelidikan demi kepentingan universiti.

13. Memastikan semua aktiviti yang dirancang oleh unit berjaya dilaksanakan.

14. Memberi laporan dan maklumbalas kepada Ketua Pengurusan Penyelidikan & Inovasi berkaitan pelaksanaan aktiviti penyelidikan.

 

Unit Perundingan

1. Merancang dan menguruskan aktiviti khidmat runding, kerjasama dan khidmat nasihat bersama atau kepada sektor awam, swasta dan industri.

2. Meningkatkan dan mempergiatkan program perundingan dan hubungan/kerjasama dengan industri.

3. Melaksanakan kolaborasi dengan sektor awam, swasta dan industri.

4. Mengendali, mengurus dan menyelaras aktiviti perundingan yang dilaksanakan oleh perunding dan pensyarah.

5. Menjalankan aktiviti penggalakkan dan mempromosi perundingan kepada warga kampus.

6. Membimbing dan menggalakkan staf menjalankan perundingan bagi tujuan penjanaan pendapatan universiti.

7. Memastikan semua projek perundingan pensyarah/ staf didaftarkan di BPJI&A sekurang-kurangnya tiga projek setahun.

8. Menyampai dan menyebarkan maklumat perundingan dan mengadakan bengkel yang berkaitan dengan perundingan.

9. Memastikan semua aktiviti yang dirancang oleh unit berjaya dilaksanakan.

10. Memberi laporan dan maklum balas kepada Ketua Pengurusan Penyelidikan & Inovasi berkaitan pelaksanaan aktiviti perundingan.