Print

PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK

UiTM CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT

 

 

AM

 

1)    Maklumbalas daripada aduan melalui surat /email/faks/telefon dijawab selewat-lewatnya dalam tempoh 21 hari bekerja.

2)    Memastikan semua laporan dan maklumat disampaikan dengan jelas dan tepat seperti yang dipohon oleh pelanggan dihantar dalam tempoh yang ditetapkan.

3)    Memastikan Mesyuarat BHEA, Mesyuarat Timbalan Rektor HEA bersama Pentadbir Akademik dan Mesyuarat Staf Akademik diadakan sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun untuk setiap mesyuarat tersebut.

4)    Memastikan staf sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan mengikut jadual dan masa yang ditetapkan. Menyebar dan menyampaikan maklumat semasa kepada staf dan pelajar dalam tempoh 3 hari bekerja setelah mendapat maklumat.

 

PENDAFTARAN DAN KEMASKINI REKOD PELAJAR

 

1)    Memastikan proses pendaftaran akademik setiap pelajar baru adalah dalam tempoh 15 minit.

2)    Mengemaskini rekod pelajar dalam tempoh 24 jam selepas mendaftar.

3)    Menyelenggara fail peribadi pelajar secara berterusan setiap semester.

 

HAL EHWAL KETIDAKHADIRAN PELAJAR KE KULIAH

 

1)    Mengeluarkan surat amaran terakhir dalam tempoh 5 hari selepas menerima laporan pertama dari pensyarah.

2)    Mengeluarkan surat panggil ke Mesyuarat Tunjuk Sebab dalam tempoh 5 hari selepas menerima laporan kedua dari pensyarah.

3)    Mengeluarkan surat keputusan tatatertib dalam tempoh 3 hari selepas perbicaraan selesai.

 

HAL EHWAL PEPERIKSAAN

 

1)  Memastikan staf Unit Peperiksaan, Bahagian Hal Ehwal Akademik berintegriti tinggi, komited, berkemahiran dan terlatih dalam melaksanakan aktiviti pencetakan dan pemprosesan kertas soalan peperiksaan akhir berdasarkan piawaian ISO 9001 : 2008

2)    Memastikan kerahsiaan dan keselamatan kertas soalan peperiksaan dikawal melalui pelaksanaan prosedur mengikut piawaian kualiti ISO 9001:2008 dan polisi-polisi keselamatan yang digubal oleh Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan UiTM Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti

3) Memastikan Mesyuarat Pengendalian Peperiksaan Akhir dan Mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Negeri (JAN) UiTM

     Cawangan Johor diadakan mengikut jadual aktiviti akademik UiTM Cawangan Johor dan BHEA UITM Malaysia

4)  Memastikan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir UiTM Cawangan Johor dikeluarkan sebelum minggu ulangkaji pada setiap akhir semester.

5) Mengambil master copy soalan tepat pada masanya pada setiap semester seperti yang diarahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan UiTM Malaysia.

6)    Memastikan proses mencetak dan memproses kertas soalan peperiksaan akhir untuk UiTM Cawangan Johor dan Kolej-Kolej Bersekutu dijalankan mengikut perancangan yang ditetapkan.

7)    Menyerahkan kertas soalan peperiksaan akhir kepada kampus Pasir Gudang dan Kolej-Kolej Bersekutu tepat pada masanya.

8)    Memastikan keperluan peperiksaan akhir mencukupi pada setiap semester

9)    Memastikan Dewan dan Bilik Peperiksaan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

10) Memastikan Jadual Pengawasan Peperiksaan dimaklumkan kepada pensyarah seminggu sebelum peperiksaan akhir bermula.

11) Memastikan Laporan CGPA Pencapaian Pelajar disediakan mengikut waktu yang telah ditetapkan dan membuat pengemaskinian serta merta setelah mendapat maklumbalas dari Ketua Pusat Pengajian dan Koordinator Kursus.

12) Memastikan Laporan Pencapaian Peperiksaan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Negeri (JAN) UiTM Cawangan Johor disediakan mengikut keperluan dan masa yang telah ditetapkan

 

HAL EHWAL TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK (TAPA) :

 

1)    Mengeluarkan surat keputusan dalam tempoh 3 hari selepas Mesyuarat TAPA diadakan

2)    Memastikan laporan lawatan / program  diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh lawatan dilaksanakan.

 

KEMUDAHAN PEMBELAJARAN (BILIK KULIAH) :

 

1)    Membuat pemeriksaan berkala di bilik–bilik kuliah sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

2)    Memastikan kerusi dan meja di bilik-bilik kuliah mencukupi mengikut kapasiti setiap awal dan akhir semester.

3)    Memberi keputusan serta-merta tempahan dewan/bilik kuliah selepas permohonan diterima.