PIAGAM PELANGGAN PEJABAT BENDAHARI

 

Kami Beriltizam Memberi Perkhidmatan Yang Cekap, Cepat, Tepat Dan Bertanggungjawab Untuk Mencapai Objektif Pejabat Bendahari.

 

 1) Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus Tahunan UiTM Negeri yang lengkap mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan oleh UiTM Malaysia


 2) Menyediakan Agihan Peruntukan Tahunan sebelum 1 Januari setiap tahun


 3) Mengeluarkan pesanan jabatan untuk permohonan perolehan melalui:
   * Tender / sebutharga rasmi / rundingan terus dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh kelulusan perolehan dalam FAIS
   * Sebutharga runcit / kontrak pusat dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh permohonan diluluskan dalam FAIS.


 4) Menjelaskan pembayaran ke atas semua tuntutan pembayaran dalam tempoh tujuh hari dari tarikh terima dokumen lengkap.


 5) Membayar emolumen mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Bendahari., UiTM Malaysia.


 6) Mengeluarkan Borang Perjanjian Bantuan Memiliki Kenderaan dalam tempoh dua hari bekerja dari tarikh terima makluman kelulusan dari Pejabat Bendahari, UiTM Malaysia.


 7) Penyerahan tiket kapal terbang selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh penerbangan bagi tempahan yang diterima tidak lewat dari tujuh hari bekerja sebelum tarikh penerbangan.


 8) Pengeluaran barang stor dibuat dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.


 9) Melaksana keputusan pelupusan dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh kelulusan diterima.


 10) Mengemukakan penyata kewangan yang muktamad bagi tahun berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Pengarah Jabatan Audit Negara, Cawangan Negeri sebelum atau pada 30 April tahun berikutnya.


 11) Menguruskan bayaran biasiswa/pinjaman yang diterima daripada penaja dalam tempoh tujuh hari selepas pihak Bendahari menerima dokumen lengkap. Dokumen lengkap bermaksud senarai nama pelajar serta jumlah bayaran bagi setiap pelajar