MANDAT REKTOR

“Kampus kita teguh bersatu demi menjadi universiti terkemuka.”

Selaras dengan agenda utama UiTM, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor berhasrat menjadi sebuah institusi bertaraf global menuju ke arah Globally Renowned University (GRU) dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan menjelang tahun 2025.

Kampus kita berharap dapat membantu pelajar membentuk dan mencapai  potensi sebenar mereka dalam pembangunan daya fikir, fizikal dan kemanusiaan. Pihak pengurusan sangat menitikberatkan kebajikan, kesihatan dan keselamatan para pelajar dan staf. Perkara ini merupakan tanggungjawab yang harus digalas bersama oleh semua pihak di kampus ini.

Dalam konteks kelestarian kampus, kesemua kemudahan dan infrastruktur yang disediakan memerlukan kesan sinergistik daripada fungsi asas kampus yang melibatkan pembelajaran, interaksi sosial dan hidup dengan memenuhi tunggak asas kelestarian: persekitaran, sosial dan ekonomi. Hasilnya, nilai perpaduan dan persepakatan akan menjadi faktor perangsang yang menggalakkan sokongan jitu dari semua orang, tidak kira latar belakang atau peranan di UiTM Cawangan Johor.

PROF. MADYA DR. SAUNAH ZAINON
Rektor
VICE CHANCELLOR

EXPLORE MORE!

Keep updated with #KeluargaUiTM on our social media.

NEWS

Always stay in-the-know with UiTM News Hub

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001