BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI

Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Johor adalah satu bahagian yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal, menyelia dan memastikan semua asset UiTM Cawangan Johor sentiasa berada di dalam keadaan terurus, baik dan selamat untuk digunakan atau didiami serta menjadikan Universiti Teknologi MARA sebagai sebuah kampus yang tercantik dan mempunyai prasarana yang lengkap dan kondusif.


Mempunyai seramai 36 orang kakitangan dengan diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah serta dibantu oleh 2 orang Ketua Unit yang berjawatan Jurutera Kanan dalam memacu perjalanan tadbir urus Bahagian Pengurusan Fasiliti. Untuk melaksanakan tadbir urus yang berkesan serta memberikan perkhidmatan yang efisien, Bahagian Pengurusan Fasiliti telah dibahagikan kepada 9 unit kecil yang akan memikul tanggungjawab mengikut bidang masing-masing.

 

OBJEKTIF BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI

  1. Mewujudkan pengurusan aset yang cekap dan berkesan melalui sistem pengurusan yang mudah dan pantas serta perkhidmatan berfokus kepada pelanggan melalui penerapan nilai-nilai murni dan amalan pengurusan yang cekap dan tersusun.
  2. Memberikan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan yang cekap, cepat dan berkualiti dengan memberikan perkhidmatan yang mesra kepada pelanggan terhadap laporan kerosakan, serta merangka dan mengenalpasti punca berlakunya kerosakan demi mencapai matlamat ke arah kerosakan sifar.
  3. Menjadi sebuah organisasi yang mempunyai pengurusan yang mantap dengan menyediakan kakitangan yang baik dari segi nilai dan etika mahupun kemahiran yang luas bagi menjadikan UiTM Cawangan Johor setanding dengan mana-mana Universiti dari segi kemudahan pendidikan serta infrastruktur untuk pendidikan bumiputera.

 

VISI

Mempertingkatkan pengurusan fasiliti serta mengoptimumkan penggunaan aset secara profesional melalui kaedah dan teknologi terbaik untuk menyediakan prasarana pendidikan, pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif serta dinamik kepada UiTM.

 

MISI

Mempertingkatkan pengurusan fasiliti serta mengoptimumkan penggunaan aset secara profesional melalui kaedah dan teknologi terbaik untuk menyediakan prasarana pendidikan, pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif serta dinamik kepada UiTM.

 

{tab title="Seksyen Elektrik" class="solid blue"}

  1. Memastikan seluruh kampus mendapat bekalan elektrik
  2. Membaik pulih kerosakan peralatan dan pepasangan elektrik seperti soket, lampu, kipas dan lain-lain
  3. Membuat penambahan pendawaian elektrik mengikut peraturan IEE
  4. Menguruskan projek tender/ sebut harga/ kerja undi berkaitan kerja-kerja elektrik

{tab title="Seksyen Telekomunikasi" class="solid blue"}

  1. Membaiki kerosakan telefon.
  2. Mengendalikan P. A System untuk sebarang program dan upacara rasmi.

{/tabs}

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001