UNIT HAL EHWAL ISLAM

Unit Hal Ehwal Islam atau dulu dikenali sebagai Unit Agama Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah diperkenalkan pada 3 Mac 1971. Pada awal penubuhan, unit ini hanya dikendalikan di kampus Shah Alam oleh seorang Pegawai Penasihat Agama.

Memandangkan perkembangan UiTM dari masa ke semasa dari segi pertambahan bilangan pelajar dan penubuhan cawangan-cawangannya di seluruh Malaysia, maka sekarang ini jumlah pegawainya ditambah. Pegawai-pegawai tersebut diagihkan penempatannya mengikut keperluan di kampus induk dan cawangan-cawangan. Di kampus cawangan Johor, Unit Agama ditubuhkan bersama penubuhan UiTM Johor, dan kemudiannya nama Unit Agama ditukarkan kepada CITU Hal Ehwal Islam di bawah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU).

Pada tarikh 21 Mei 2013, Centre for Islamic Thought and Understanding, telah di naik taraf kepada Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), sejajar dengan perkembangan ini, CITU Hal Ehwal Islam turut diangkat menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam di bawah naungan ACIS.  Namun, kini dipanggil nama Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) dan bukan lagi dibawah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS). Pengurusan UHEI kini terus di bawah naungan Rektor dan Penolong Rektor Kampus.

Lokasi Pejabat Unit Hal Ehwal Islam  terletak di tingkat dua Bangunan Pentadbiran. Pejabat Unit Hal Ehwal Islam  bergabung dengan  Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar. ( Sebarang urusan berkaitan bimbingan dan khidmat nasihat, bantuan zakat pelajar dan lain-lain bolehlah datang dan berurusan dengan kami. Kehadiran anda amat dialu-alukan. Selain itu, Unit Hal Ehwal Islam juga bertanggungjawab dalam urusan berkaitan pengurusan dan pengimarahan Pusat Islam di dalam kampus.

 

OBJEKTIF HAL EHWAL ISLAM

  1. Memberi bimbingan agama kepada para pelajar khususnya dan kakitangan amnya dalam memahami dan menghayati nilai-nilai ajaran Islam yang sebenar bagi menyelesaikan masalah diri, nilai sosial dan pelbagai masalah lain yang dihadapi oleh para pelajar dari masa ke semasa, baik secara kelompok atau perseorangan.
  2. Berusaha menghindarkan pelajar dari terpengaruh dengan aliran-aliran atau ajaran-ajaran yang bercanggah dengan nilai-nilai keislaman.
  3. Menyelesaikan kekusutan pemikiran dan jiwa di kalangan para pelajar yang pada umumnya yang banyak bertitik tolak dari kekurangan bimbingan dan pengetahuan agama.
  4. Berikhtiar membentuk peribadi dan perwatakan pelajar yang ‘integrated’, seimbang dengan percapaian dalam bidang keilmuan dan kerohanian dalam usaha untuk melahirkan keperibadian Muslim yang luhur.

 

FUNGSI HAL EHWAL ISLAM

  1. Mengadakan kursus-kursus untuk pembangunan potensi diri.
  2. Memupuk keperibadian pelajar agar berjiwa besar, berkemampuan menghadapi cabaran, persekitaran dan persaingan dalam kehidupan.
  3. Mendidik kebijaksanaan pelajar berdasarkan ukuran serta nilai tuntutan Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW dengan mengambil perhatian terhadap ciri-ciri kelainan latar belakang pendidikan, situasi persekitaran dan konteks yang berhubung dengannya.
  4. Membantu universiti bagi melahirkan warganegara yang baik.
  5. Menerbitkan risalah-risalah berkala untuk bahan bacaan pelajar dan juga kakitangan.
  6. Mengadakan kelas-kelas bimbingan.
  7. Menguruskan perjalanan Ko-Kurikulum Kerohanian:
    1. Pengurusan Kekeluargaan Islam (HKR 111)
    2. Pengurusan Institusi Masjid (HKR 113)
    3. Pengurusan Kekeluargaan Islam II (HKR 221)
    4. Pengurusan Institusi Masjid II (HKR 223)
    5. Pengurusan Pengajian Al Quran (HKR 115)
  8. Menganjur sambutan hari-hari kebesaran dalam Islam.
  9. Pengimarahan masjid dan surau-surau di kolej-kolej kediaman.
  10. Perkhidmatan bimbingan dan nasihat kepada pelajar dan juga kakitangan yang memerlukan perkhidmatan dan merancang program-program tertentu untuk pembangunan kakitangan.

 

MISI

Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) berkeyakinan bahawa setiap insan memerlukan nilai-nilai murni sebagai unsur kesempurnaan melalui bimbingan bersepadu demi kecemerlangan hidup.

 

VISI

Membimbing manusia ke arah insan yang bertakwa di dunia dan akhirat dengan mengharapkan keredhaan Allah swt.

 

{tab title="Prinsip Bimbingan" class="blue solid"}

Dalam melaksanakan kerja bimbingan, Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) mengambil perhatian dalam prinsip-prinsip berikut:-

  1. Setiap pelajar adalah merupakan makhluk yang dinamis walaupun terdapat kelainan-kelainan keperibadian dan latar belakang. Bakat yang sedia ada hendaklah dikembangkan sehingga menjadi warganegara yang baik.
  2. Suatu keperibadian yang bersifat individu tersebut terbentuk dari dua faktor iaitu faktor dalaman yang berupa bakat dan ciri-ciri keturunan baik rohani dan jasmani dan faktor lingkungan atau persekitaran.
  3. Setiap individu adalah organisma yang berkembang. Justeru itu sentiasa berkemungkinan berubah. Proses perkembangan dan perubahan ini dapat dibimbing ke arah tujuan hidup yang menguntungkan bagi diri pelajar itu sendiri, institut di mana ia belajar dan juga masyarakat.
  4. Institusi pendidikan dan masyarakat akan memperolehi kemajuan lantaran adanya perkembangan, kemantapan keperibadian dan kemampuan menyesuaikan diri daripada para pelajar yang merupakan anggota masyarakat itu sendiri.
  5. Kebijaksanaan adalah merupakan dasar utama dengan berlandaskan tuntutan Al-Quran dan hadis. Akan tetapi perhatian kepada ciri-ciri kelainan, latar belakang pendidikan, situasi persekitaran dalam konteks yang berlainan juga diambil perkiraan dalam proses bimbingan.

{tab title="Masjid As-Syakirin" class="blue solid"}

Masjid As-Syakirin UiTM Cawangan Johor diuruskan sepenuhnya oleh kakitangan Unit Hal Ehwal Islam bagi memastikan fungsi pengimarahan masjid terus berjalan. Masjid As-Syakirin merupakan rumah ibadah khusus untuk mereka yang beragama Islam dan ahli kariahnya terdiri daripada penduduk sekitar UiTM, kakitangan dan para pelajar yang menuntut di sini. Masjid ini mampu memuatkan kapasiti seramai 1200 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Bahagian Hal Ehwal Islam telah mempertanggungjawabkan urusan pengurusan dan pengimarahan masjid ini kepada dua orang kakitangannya iaitu Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam selaku imam masjid dan Pembantu Hal Ehwal Islam selaku bilal. Sebarang urusan berkaitan masjid seperti pengimarahan, penyeliaan, penggunaan masjid dan peralatan dan lain-lain yang berkaitan adalah menjadi tanggungjawab mereka.

Masjid As-Syakirin sangat aktif dalam menjalankan fungsinya sebagai pusat ilmu. Selain daripada solat berjemaah lima waktu setiap hari, pelbagai aktiviti-aktiviti lain turut diadakan seperti kulaih pengajian Pengantar Pembangunan Insan untuk pelajar pra-diploma, Kuliah Tafsir, Kuliah Titian Ilmu, bacaan Yasin dan Tahlil, Solat sunat hajat, Qiamullail, ceramah agama, forum perdana dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat juga fakulti, unit, kelab dan persatuan yang turut melaksanakan program-program kerohanian dan pembangunan diri di dalam masjid atau di Dataran Masjid As-Syakirin.

Masjid As-Syakirin merupakan sebuah masjid yang moden dan dilengkapi dengan prasarana yang lengkap. Kemudahan yang lengkap ini bagi memastikan pengunjung yang hadir ke sini dapat beribadah dengan selesa. Antara kemudahan yang boleh didapati di Masjid As-Syakirin ini ialah:

  1. Penghawa dingin
  2. LCD Projektor
  3. Layar skrin
  4. Sudut bacaan
  5. Dataran As-Syakirin
  6. Tempat istirehat
  7. Water heater

 

Sebarang urusan tempahan penggunaan ruang solat masjid atau dataran masjid dan juga tempahan peralatan masjid boleh dibuat melalui link di bawah:

Tempahan Penggunaan Masjid As-Syakirin - http://www.jotform.com/form/1393548844

Tempahan Peralatan Masjid As-Syakirin - http://www.jotform.com/form/1390238904

 

Pegawai yang bertanggungjawab:

Azrul Iswan bin Abdull Raman
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

Mohd Azhar bin Haji Anuar
Pembantu Hal Ehwal Islam

***Marilah kita bersama-sama mengimarahkan Masjid As-Syakirin..

{/tabs}

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001