AKADEMI PENGAJIAN BAHASA

Akademi Pengajian Bahasa komited untuk menyediakan kursus kemahiran Bahasa (Inggeris, Melayu dan Bahasa Ketiga), Sijil Profesional Bahasa dan Program Sarjana Muda yang berkualiti demi membangunkan teknologi pengajaran dan pembelajaran bahasa dan melahirkan ahli teknologi yang cemerlang dalam bidang kebahasaan melalui kursus yang ditawarkan dengan sentiasa memenuhi keperluan pelanggan.

 

OBJEKTIF AKADEMI PENGAJIAN BAHASA

  1. Memberi perkhidmatan dengan penuh tanggungjawab dan komitmen.
  2. Mengajar dan melengkapkan pelajar dengan ilmu dan pengetahuan agar fasih bertutur, menulis dan membaca dalam bahasa yang dipelajari.
  3. Menyiapkan projek dan silibus seperti yang telah ditetapkan.
  4. Memproses permohonan pengecualian mata pelajaran/pertukaran kursus/pemindahan kredit mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh UiTM (Bahagian Peperiksaan).
  5. Membantu pelajar sama ada berbentuk akademik mahupun pentadbiran.

 

VISI

Menjadikan Akademi Pengajian Bahasa bertaraf antarabangsa berasaskan budaya, sains, komunikasi dan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, penyelidikan dan perundingan untuk mencapai kecemerlangan akademik dan melahirkan graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

 

MISI

Mewujudkan Akademi Pengajian Bahasa yang unggul, memantapkan kursus-kursus bahasa yang berteraskan teknologi maklumat terkini, memperkasakan budaya penyelidikan dan perundingan serta memantapkan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan menerusi kecemerlangan kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bidang yang mampu menerajui pembangunan profesional.

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001