Peranan dan tanggungjawab Unit:

1.    Mengurus dan mewujudkan program jaringan profesional yang mantap antara kampus dengan industri bagi tujuan pembangunan akademik dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.
2.    Bekerjasama untuk mengenalpasti dan memantapkan lagi perhubungan industri dan UiTM dalam bidang ‘niche’.
3.    Meningkatkan penglibatan pensyarah dengan industri untuk memastikan silibus adalah bersesuaian dengan memenuhi kehendak universiti.
4.    Membuat lawatan bersama ke industri bila mana perlu untuk mendapatkan maklumat dan memantapkan perhubungan industri.
5.    Memastikan perhubungan yang sihat dan harmoni terjalin sentiasa di antara kampus dan industri.
6.    Mencari peluang kerjasama bagi membuat perjanjian persefahaman bersama (MOU/MOA) di antara UiTM Cawangan Johor dengan industri sama ada melalui latihan industri pelajar atau bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
7.    Bekerjasama dengan pihak luar bagi memenuhi kehendak latihan industri pelajar.
8.    Mendapatkan senarai pelajar dari setiap fakulti dan program yang menjalani latihan praktikal dari UiTM Cawangan Johor.
9.    Memastikan semua aktiviti yang dirancang oleh unit berjaya dilaksanakan.
10.    Memberi laporan dan maklum balas kepada Ketua Jaringan Industri Masyarakat & Alumni (ICAN) berkaitan pelaksanaan aktiviti jaringan indus¬tri dan masyarakat.

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141



 


Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjohor@uitm.edu.my


Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001