SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK

PENGENALAN
Sejarah perkhidmatan pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) bermula pada 2 Julai 2007 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor Kampus Bandaraya Johor Bahru yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Johor. Pada masa itu, hanya seorang sahaja pensyarah bidang Matematik yang berkhidmat di kampus tersebut iaitu Prof. Madya Suriaty Yusoff. Fakulti ini menawarkan “Course Servicing” untuk program-program diploma yang ditawarkan oleh Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan (FPDP). Subjek yang ditawarkan pada ketika itu untuk program-program yang terlibat adalah MAT112 (Business Mathematics) dan QMT181/212/216 (Introduction to Statistics).

         Bermula 1 Mei 2014, UiTM Johor Kampus Johor Bahru telah berpindah kampus ke Pasir Gudang dan kini ia dikenali sebagai UiTM Johor Kampus Pasir Gudang yang terletak di Bandar Seri Alam Masai, Johor. Ketika kampus baru ini mula beropersi, ia diterajui dan diketuai oleh Prof. Madya Suriaty Yusoff kemudian pada Julai 2014, Puan Nurhuda Ismail pula dilantik sebagai Koordinator Kursus FSKM bagi UiTM Johor, Kampus Pasir Gudang. Setakat ini, jumlah bilangan pensyarah FSKM adalah 17 orang pensyarah yang terdiri daripada lapan(8) orang pensyarah berstatus jawatan tetap dan selebihnya adalah pensyarah sambilan. Bagi menampung keperluan dan melancarkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) di kampus ini, kami telah dibantu oleh sembilan(9) orang pensyarah sambilan yang terdiri daripada lima(5) orang pensyarah bidang Matematik dan tiga(3) orang pensyarah bidang Sains Komputer.

          Di kampus baru ini, bilangan “Course Servicing” juga bertambah kerana di kampus ini menawarkan enam buah program diploma jurusan kejuruteraan dan sebuah program diploma jurusan perniagaan yang terdiri daripada Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE), Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan (FPDP). Bermula sesi semester November 2014 - April 2015, FSKM UiTM Johor Kampus Pasir Gudang telah diberikan bilik khas yang diberi nama Bilik Klinik Matematik yang terletak di aras 4 Bangunan Fakulti Pengurusan Dan Perniagaan (FPDP) yang bertujuan sebagai bilik aktiviti dan perundingan Matematik bagi para pelajar yang mempunyai masalah/lemah mengenai kursus-kursus Matematik yang mereka ambil.

Koordinator Kursus

EN GHAZALI SEMIL ISMAIL
Sains Komputer dan Matematik
Kampus Pasir Gudang
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Ext No. : 07-381 8546

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Segamat
Jalan Universiti Off Km. 12 Jalan Muar
85000 Segamat
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA
No. Tel: 07-935 2000 | No. Fax : 07-935 2277 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
Jalan Purnama, Bandar Seri Alam
81750 Masai
Johor Darul Ta'zim, MALAYSIA

No. Tel: 07-381 8000 | No. Fax : 07-381 8141

General Inquiry:
Pejabat Komunikasi Korporat
korporatjhr@uitm.edu.my
Tel: 607 935 2358
Fax : 607 935 2001

 

 

 

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020