Home Pengenalan
Unit Latihan Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar (ULPPKP)

PENGENALAN

Universiti Teknologi MARA telah menggariskan ciri-ciri Model Graduan UiTM ke arah melahirkan mahasiswa yang mempunyai personaliti unggul (Towering Personality ) dan global.

Bagi mencapai matlamat tersebut, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, telah menyediakan Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar bertujuan untuk membina dan membangun mahasiswa yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing dan mengamalkan nilai-nilai murni yang universal.    

Mulai pengambilan sesi Jun - Oktober 2004, pihak pengurusan UiTM telah mewajibkan kepada semua pelajar baru peringkat Diploma dan Ijazah/Profesional yang mendaftar sebagai pelajar UiTM, menghadiri Modul LPPKP, Kursus Bina Negara Mahasiswa Asas atau Seminar Bina Negara Asas berdasarkan maklumat penting yang disertakan bersama-sama surat tawaran memasuki UiTM.     Kegagalan Pelajar untuk menghadiri kursus atau seminar ini boleh dikenakan tindakan Tatatertib dibawah Kaedah 24 Bah. II, Tatatertib Am dalam Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran ) Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 iaitu Mengingkari Arahan Universiti Kerana Tidak Menghadiri Modul LPPKP, Kursus atau Seminar Bina Negara Mahasiswa Asas.

LATARBELAKANG

Pada peringkat awal perlaksanaan program Modul Latihan Pembangunan Dan Kepimpinan Pelajar telah dikendalikan oleh Pejabat Am, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Johor. 

Unit Latihan, Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar, UiTM Johor telah ditubuhkan pada Julai 2006 dan ditempatkan bersebelahan Unit Sukan dan Unit Ko-Kurikulum, di Aras 1, Bangunan Seri Bendahara, UiTM Johor.

Unit ini memulakan operasinya dengan keanggotaan staf pejabat am seramai  tiga (3) orang iaitu  Koordinaator, Pegawai Eksekutif dan Pembantu Tadbir (Harian) serta dibantu seramai 9 orang penyelaras modul, mengikut modul masing-masing.  ULPPKP telah mendapat Pembantu Tadbir (tetap) pada September 2006.   Mulai semester Julai 2007 Jawatankuasa Pengukuran telah diwujudkan bagi membuat pengukuran perlaksanaan setiap program modul.   Semester Julai 2008, ULPPKP telah mendapat pertambahan seorang lagi Pembantu Tadbir bagi membantu  melaksanakan tugas-tugas urusetia modul di sepanjang semester.   

 

Unit Latihan Program Pembangunan & Kepimpinan Pelajar

Aktiviti Kalendar

August 2014 September 2014
Mo Tu We Th Fr Sa Su
Week 31 1 2 3
Week 32 4 5 6 7 8 9 10
Week 33 11 12 13 14 15 16 17
Week 34 18 19 20 21 22 23 24
Week 35 25 26 27 28 29 30 31

Jumlah Pengakses

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday149
mod_vvisit_counterYesterday929
mod_vvisit_counterThis week5613
mod_vvisit_counterThis month21868
mod_vvisit_counterAll1402300